Rutin sama setiap hari - bangun, solat, sambung tidur, bangun balik, mandi, kemas bilik, turun bawah, basuh baju, kemas dapur, sediakan breakfast, sidai baju, kemas dapur balik, naik atas, mengadap PC, sediakan lunch, tunggu Mirza balik, solat, bila dah mendung sikit angkat baju, mula hujan tutup pc, petang sikit sebelum asar bukak PC balik, solat, mengadap PC, turun bawah bagi Wolfie makan, sediakan dinner, mengadap PC kembali, solat, mengadap PC macam loser, sebelum mengantuk solat dan terus online sampai betul-betul mengantuk.
Kalau minggu lepas semua penat lelah aku kat dapur aje. Minggu ni aku bosan sikit. *banyak sebenarnya* Online 24/7 macam orang tak ada life. Update apa yang perlu. Stalk orang. Bosan sikit, kemas dapur. Bosan sikit, kemas bilik. Bosan sikit, vakum mana-mana yang aku rasa aku nak. Bosan sikit, lipat baju. Bosan sikit, aku menconteng. Bosan sikit, aku tengok movie. Bosan sikit, aku pandang luar tingkap. Paling best dapat hidu bau hujan turun. Rasa aman, rasa tenang, rasa segar.
PC aku akan di reformat. Aku minta belas kasihan boyfriend dan Bapak. Aku tak pernah reformat PC. Sejak beli masa Beta 1 dulu, ini baru pertama kali nak bersihkan PC. Nice kan? Semalam aku buka CPU. Buang debu semua dan tengok apa yang ada aku jadi tak faham. Aku bukan FIT. Haha!
Hari ini aku minum 5 mug nescafe 0. Sedap! Paling best minum masa hujan tengah turun, minum nescafe 0 suam, duduk atas meja kopitiam, mengadap kolam ikan. Tak payah nak fikir apa-apa. Habiskan masa nikmati masa itu cukup... tenang. Aku suka bau hujan. Aku suka bau tumbuhan selepas hujan. Aku suka hujan bersihkan sekeliling. Tapi aku tak suka band Hujan. Itu aku tak dapat nak terima.
PMS dan senggugut kali ini agak hebat. Kitaran kali ni macam tidak seperti biasa. Sakit lain macam. PMS pun lain macam. Alhamdulillah, aku ada orang-orang di sekeliling yang dapat kawal mood aku. Duduk rumah lama-lama pun stress jugak. Stress sampai tak tahu nak buat apa.
Cuti kali ni aku tak dapat nak berkarya. 2 minggu mana cukup. Bagi aku sendiri, sekurang-kurangnya aku kena perah otak dan teruskan menaip selama 5 bulan. Mungkin siap satu. Yang lama punya? Tak mahu cerita. Sedih~ Aku tetap akan cari peluang untuk laksanakan impian aku. Selama setahun tu mungkin banyak yang boleh aku belajar. Mungkin siap 2 atau 3 karya. Mungkin. InsyaAllah kalau ada rezeki dan kelapangan.
Oh, esok aku sudah boleh berkemas. Aku nak angkut semua yang ada dalam bilik ni kalau boleh. Jumpa kalian di hostel block. Aku rindu semua terutamanya yang banyak aku luangkan masa bersama. Ciksal dan Alia, bila nak jadi lepak bertiga ni? Dah satu semester tertangguh.
p/s: aku masih belajar untuk sesuaikan diri dan aku inginkan apa yang kau inginkan. kita serupa.